setelah sekian lama entri ini menyepi ye, hmm alhamdulillah masih dibangkitkan pada hari ini dalam fitrah Islam. jangan lupa mulakan hari kita dengan senyuman dan bersangka baik dengan semua orang ;)
baiklah anak-anak semua. hari ni ustazah takde cite best pun nak share dengan korang semua muahahaha *bajek cikgu skit*. untuk pengetahuan korang, syukur kepada Allah swt kerana bulan ni adalah bulan penghujung bg sem 1 sy utk ppismp ni. final exam pun dah drop 2 papers (fonologi b.arab dgn pengenalan b.arab). masih berbaki 1 paper lg iaitu paper morfologi b.arab isnin depan (16/11/15). doakan sy supaya dpt jawab dgn baik. lepastu bermulalah cuti sem sy wink3! hehee... sekarang ni pun tengah bercuti kt rumah sebab gap paper last ni lama sangat. lebih kurang 12 hari gitu. plan asalnye taknak balik rumah and stay kt ipda je sebab tau sgt daa klu duk rumah bukan study sgt pun kann -_-
then discuss la ngn abah better balik atau stay je. then abah cakap macam ni,
"ain balik jelaa..duk kt sana nk cari makan payah.kena keluar..baik duk rumah je...umi boleh masak, tak perlu susah beli makanan kt luar"
"ain okey je asal abah sponser tiket ngehngehh"
"olohlaa...duit tu abah bg la, hok penting ain balik dulu"
nak tergelak je aku dengar jawapan abah tu hahahaa tau la abah rindu ain kankann.. bagaikan ngantuk disorong bantal, dah org sponsor tiket suh balik, so takkan nk biar gitu je kann hik3 tp sebelum aku balik tu, aku sempat singgah kt key ell tu haa.. tak lama pun, satu malam je stay sana. kang lama2 takut abah rinduu.... dek kerana sepupu aku yg sorang tu teramat rindu kt aku kot + jeles tgok aku keluar ngn kak tini, pami haritu tanpa dia hahha so dia aku ajak hangout kt kl. utk kali ni, aku turutkan jgk la keinginan dia tu nk jumpe sbb lama dh request suh p sna (dgn syarat sat WAJIB mai kedah noh). maka terpaksa la aku pusing kl jp dari jitra sebelum ke besut. fuhh takpe2, doa org bermusafir ni senang Allah makbul aminnn...
sesampai je kt kl, sepupu aku sanggup pick up aku p rumah dia kt subang jaya. subang? kenapa dgn subang? hohoho abaikan. pastu malam tu singgah la rumah ayh joe kejap (de most sporting uncle in da worldd). saje lepak, makan2, layan runningman ofkoss ahaha...
keesokan harinya, sepupu aku ajak p ioi mall. katanye nk sangat skating. dia ckp tak pernah skate sebelum ni. kawan dia yg lain pun tak berani nak main hahaa macam la aku ni pandai sangat main. jatuh tu perkara biasela. nak berjaya pun mesti jatuh dulu kan?? macam tu la jugak skating. nampak senang tapi susah. one thing aku belajar bila main benda ni adalah bukan senang kita nak capai apa yang kita nak. dan tak semua apa yg kita nak kita akan capai. tp, semua tu tak mustahil kalau kita usaha. it's gonna get harder before it gets easier. but i'll get better, you just gotta make it through the hard stuff first, aite? dan small matter la kalau at the first try tu kita jatuh gedebukk macam nangka busuk pun. janji pandai main lepastu hoho
okey back to story.. bila dah siap buat payment semua tu, it's the time yeahh haha aku ngn sepupu, (just call her wani) punyela excited nak main.al maklum laa, dia first time nk main, aku pulak lama dh tak main. bakat tu pun dah hilang lol. tp tak semena mena lg dua sepupu aku yg kecik ni (aiman ngn amani) mengamuk nk join sekali. papa dia pulak xleh join sekali sebab kena jga barang2 kami. masa tu mama dia plok lesap entah kt mana. so, dgn berat hatilah terpaksa aku ngn wani bawak dorang sekali main. masuk je tmpt ais tu, aku yg pegang aiman ni memang takboleh tahan gelak. sumpah lucu tengok dia terkial kial atas ais tu. apa dia skating ni sama ngn jalan kaa hahah (jahat jp). aku yg pimpin tangan dia ni pn rasa nk jatuh sama. kalau lepas tangan dia tu memang sah sahlaa gedebukk la jawabnye kehkeh. si adik, amani tu ok skit dari si abang haha pegang tangan dia, ajak skate slow slow. mujur dapat follow step tu. untung tak lama lepas tu, papa dia join sekali, mama dia pn dah datang haha maka settle tugas aku. lepastu memang aku skate ngn wani jela. dia pulak cepat belajar.. jatuh skli sekala kena langgar tu biasela.
tadaaa! dari kiri wani (queen of selpi muahaha),
then aku, si abang tu aiman dan yg kecik tu amani ;)
muka excited nk skatingg!
punyela tengah syok main, tetibe terpandang floor atas, tempat viewrs org skating. zapppp! aku terpandang dia tu. muka yg agak lama tak kupandang hahah *drama jap*. last jumpe hmm masa 2012 kot. muka tu memang cam sgtlah. takde beza cuma nampak maced skit xD tak tau nk bg riaksi macamna. my heart beat unpredictable hahaha last2 aku pandang bawah je. tak sanggup nak tenung lama lama. takut timbul zina mata ceewahhh.. act dah lama aku tunggu wajah tu, akhirnya muncul jgk. taknak tunjuk muka excited, begitu jgk sebaliknya. aku harap dia paham, yg aku dah lama tunggu dia. tp aku takut sekiranya aku bertepuk sebelah tangan. lagipun sekarang ni aku malas lg nak fikir bende ni. komitmen aku masih byk. tamatkan study, tanggungjawab utk mak ayah aku. aku jgk taknak perasaan ni membuatkan aku lalai, lupa Tuhan. aku taknak rosakkan hati aku. at last, aku serahkan semuanya pd kuasa Allah. perancangan Dia Maha Hebat. kita merancang, Dia pun merancang. tapi jangan kita lupa, Dialah sebaik baik perancang. :D
okey habis bab yg agak hmmm haha lepas je skating tu, wani ajak aku tengok movie cite 'spectre'. aku ni dahla jenis tak suka cite aksi ni. tp dia suh temankan sebab keseorangan. terpaksala join sekali... agak mengantuk jgkla tengok tp takleh nk lelap sebab sound effect dia tu over sangat huh! nak tak nak tunggu jgkla cite tu habis. 2jam setengah kot huhuhu lepas je tgok movie, kitorang rushing nak balik sbb malam tu aku dah nak balik besut. taknak balik lagiii sebab tak puas lg spend time ngn wani :'( tp apakan daya ermm... sebelum balik tu ade jgk toleh kanan kiri takut terserempak dgn dia tapi hampa hahah dia takde. maka entah berapa tahun lagi Allah akn pertemukan aku dgn dia. tak mengharap cuma mampu doa..
then, malam tu tepat kul10.30 mlm aku gerak balik besut. dan alhamdulillah selamat sampai rumah. dengan perasaan yg...? hanya Allah yg tahu. tp perjuangan mesti diteruskan. one paper to go yeahh! insya Allah dipermudahkan. mohon doa kalian ;)
wakhulassah alqoul, banyakkanlah muhasabah diri. sekali sekala, merantaulah dalam diri. perbaiki mana yang kurang, ubatkan mana yang sakit. ambil peluang, setiap kali diuji oleh Allah, tak kiralah ujian perasaan, musibah, kesedihan etc, doa dan dekat dengan Dia sehabis baik. Allah suka hamba yang meminta pada Dia :)
sekian sahaja utk kali ini. maaf atas segala kekurangan sama ada terzahir atau tidak. moga kita semua mendapat redha drpd Allah swt insya Allah...
Assalamualaikum :D


No comments:
Post a Comment