Thursday, 12 November 2015

Getting to Know Myself

Assalamualaikum wbt...


Siapa gadishipster.com?


Well tajuk juga sudah bimbo habis, bajet macam diri sendiri somebody. Orang tertanya-tanya siapakah dia ni? Artis? Bukan. Youtube sensation? Bukan. Blogger? Ye. Tapi bukan utk tatapan umum. Just menulis utk kepuasan diri sendiri. Thats why aku tak publish pon link blog aku ni. Mudah mudahan coretan ini akan jadi kenangan terindah bila aku dah kawin, ada anak sat mueheheh 

Disebabkan aku berada di hometown dan internet selaju impak maksima, maka why not kalau aku tulis pasal diri sendiri. Kedengaran seperti terhegeh-hegeh ya tuan-tuan dan puan-puan. Tetapi kadang-kadang tang terhegeh-hegeh ni la yang bikin aku senyum gelak sengsorang tehee. Kalau tidak masakan surat khabar METRO merupakan akhbar nombor 1 negara. K lawak hambar -__-

Aku ni merupakan seorang blogger tidak tegar namun berprinsip. Berumur 18 tahun (dan akn menginjak sweet 19 tak lama lagii) dan masih lagi bergelar seorang mahasiswa atau lebih dikenali bakal cikgu. Cikgu? In sha Allah... Aku belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA), Jitra. Orang kedoh naa.... Hahah baru register bulan Jun haritu. Hmmm means lagi 5 tahun aku stay sini huarghhhh lama giler woo! Jangan sangkut ngn orang Kedoh sudohh k ain hmm. Eh lupa, my real name haha.. Nama diberi Ain Az-Zahra binti Man. Asal Ajil, Terengganu tapi menetap di Besut, kecek Klate sebab dianak tirikan Ganu :p tapi tak kisah pun. Bangga je jd anak klate hahihuu. Kt ipda  ni orang kata aku asal klate sebab accent tu pekat giler hahah mana aku tau. Dia nak keluar camtu k XD

Tujuan aku tulis blog pon, adalah untuk mencatat kenangan manis aku. Anything of sweet memories.. Instead of tulis kat diary which I never had one, aku tulis kat blog. Masa tu skala syok sendiri aku memang 9/10. Entah hape-hape aku tulis. Tapi comel jugakla bila baca balik kekekeke...macam tak caya aku yang tulis macam tu. Sebabnya aku ni bukannya rajin sangat pun menulis. Blog ni wujud pun sebab ada dalam silibus En Jusni je. Kalau tak memang haremmmmm la blog ni kekeke thankyou En Jusni!

Nama blog aku ni deenamaripposa. Berpadananlah dengan URL dia. Korang tanya apa yang best pasal blog ni? Dude, nama dia pon dah best okay. Macam kawaii-kawaii gitu ^___^ Dan gadishipster tu merujuk pada diri aku sendiri. Aku student arab, lect kat sini pn panggil kitorang ustazah huhuhu tapi aku ni takdela warak sangat. Jalan pun mana ada tunduk tengok lantai 24jam hehhe. Orang yang betul2 kenal aku je tau macamana aku sebenarnya. Memang bisu depan student laki tapi bila dgn geng aku memang ntahpape huahuaa hilang habis keayuan LOL so, dont judge book by its cover k ;) Anyway, blog aku ni takde genre yang tertentu. Aku anggap blog ni sebagai tempat aku berkongsi kisah hidup dengan diri aku sendiri. Sebab kisah hidup aku ni luas dan banyak benda yang aku nak share, so yeah. 

Aku takdelah rasa blog aku ni best, aku rasa macam oklah. Bolehlah buat bahan bacaan santai. Tapikan, I have to admit yang aku suka baca blog sendiri. Bila boring, aku akan bukak entry lama-lama dan baca balik entry aku. Pastu aku dok gelak-gelak baca susunan ayat aku yang macam #^&**^ dan tengok balik gambar lama aku yang macam @#$%^. Pastu aku mengimbau balik kenangan lama. Good times. That's one of the reason jugak kenapa aku jarang update blog. Aku hanya akan update bila aku rasa entry itu menarik dan ada sentimental value untuk aku. Sebab nanti aku akan baca balik entry-entry yang aku dah tulis. Aku taknaklah update blog cincai-cincai, setakat buat syarat ada new entry je kan.

Aku seorang observant. Walaupun saya tak kenal anda, but from the very first second I saw you, I can tell what kind of person you really are. I pay a really close attention on how you speak, on how you walk, and so forth. Never did I train myself to become like this, but hey I cant stop myself from watching  every little step, every little action you do. After I made my observation, I will then make a speculation. The good thing is, I'll keep the secret to myself :). Yelah, my speculation bukan totally true kan, kalau aku pergi propa kat semua orang nanti, tak pepasal je korang kena label. So silence is virtue!

Aku suka sangat makanan manis. Yeahh this is me! Even mak ayah aku always remind me not to take too much those sweet tp aku ni kadang2 degil jgk hee sorry umi abah. Tapi sekarang dah kurang dah. Pabila pintu hidayah diketuk ngee... Dulu aku tak suka makan nasi sebab boleh jadi gemuk haha but know aku sangat suka makanan yang berat sebab tu I love malaysia! sebab di malaysia banyak makanan yang berat-berat teehee. My fav of all time mestilah masakan yg umi buat. Especially pukat buruk dengan kuah santan manis. Masya Allah.... leleh air liuq noh kalau ada depan mata nih. hahaha pukat buruk kalau bahasa kl gok orang panggil roti jala haa tapi aku kurengg skit kalau dengan kari. Kalau nak rasa yg santan tu mai la teganu yerr. Sebenarnye aku tak kisah pon sapa-sapa yang masak asalkan dia pukat buruk, Im happy enough :) Selain itu, aku suka mee kari, masak lodeh, kuah kacang, nasi beriyani, ayam masak lemak cili api, nasi tomato sume sumelah. And sungguh sedih kalau keluar dengan kawan untuk lunch, suddenly she said 'lets have waffle for lunch!'

One more thing! Nak tau kenapa URL dia deenamaripposa (dulu aku pakai link ni)? haha deena means coklatudina. Sebab akaun Instagram, twitter aku letak nama tu. Tak tau kenapa aku pilih nama tu. Sebab bagi aku something special aa pada nama tu kekeke sampai kawan aku pun panggil aku coklatpudina. Lantak laa. Tak kisah pun :)) Pastu maripossa tu plak sempena cerita Barbie of Maripossa ngehngeh. Aku ni fans tegar barbie tauu. Jangan terkejut kalau semua episod dia aku dah tengok :B Well said, baik layan cite tu dari movie james bond nu haa. Adela jgk moral dia ^_^

Itu saja cerita untuk hari ini. Everything about me sebab untuk makluman anda, ni kan blog aku mestilah aku cerita pasal aku. Takkan nak cerita pasal mak long timah & keluarganya? wakakaka. 

khidmat pesanan masyarakat : selalulah memakai sunblock apabila keluar dari rumah untuk mengelakkan skin cancer !



mak jemah poyoo! keh3 belanje gambar sekeping ;)


Thank you dear myself for this entry !


Sunday, 8 November 2015

Saranghaee

sahabat
aku mahu persahabatan ini
kekal selama lamanya
bukan hanya takat setahun dua
aku mahu hingga  syurga
kita menetap disana bersama

aku tak mahu persahabatan kita ini
bergantung pada tali dunia dan sia sia
kerana kita akan bermusuhan bila tiba hari pembalasan

aku juga tak mahu
kita bersahabat kelmarin
akhirnya tak bertegur sapa
bagai tak kenal antara satu sama lainnya

jadi --
aku mahu minta
andai aku jatuh ke lautan lagha
sudikah kau mencapai tangan aku kembali
menuju jalan ilahi?

aku tak minta kau sempurna agama
aku tak minta kau bertudung labuh semua
aku tak minta kau berniqab sepanjang masa
kerana aku mahu kita berubah bersama
walau latar belakang berbeza

boleh ya?

moga persahabatan kita bukan tercipta
atas dasar popular mahupun rupa, harta atau sia-sia
kerana persahabatan yang tercipta
atas tali dunia takkan pernah lama

Moga Allah redha atas persahabatan kita
dan moga hingga syurga..



     haa....ni classmate aku untuk 5 tahun kt ipda. moga ukhwah kita tetap ohsem sampai bila2 ^__^

Hey November!

Assalamualaikum wbt...

setelah sekian lama entri ini menyepi ye, hmm alhamdulillah masih dibangkitkan  pada hari ini dalam fitrah Islam. jangan lupa mulakan hari kita dengan senyuman dan bersangka baik dengan semua orang ;)

baiklah anak-anak semua. hari ni ustazah takde cite best pun nak share dengan korang semua muahahaha *bajek cikgu skit*. untuk pengetahuan korang, syukur kepada Allah swt kerana bulan ni adalah bulan penghujung bg sem 1 sy utk ppismp ni. final exam pun dah drop 2 papers (fonologi b.arab dgn pengenalan b.arab). masih berbaki 1 paper lg iaitu paper morfologi b.arab isnin depan (16/11/15). doakan sy supaya dpt jawab dgn baik. lepastu bermulalah cuti sem sy wink3! hehee... sekarang ni pun tengah bercuti kt rumah sebab gap paper last ni lama sangat. lebih kurang 12 hari gitu. plan asalnye taknak balik rumah and stay kt ipda je sebab tau sgt daa klu duk rumah bukan study sgt pun kann -_- 
then discuss la ngn abah better balik atau stay je. then abah cakap macam ni,

"ain balik jelaa..duk kt sana nk cari makan payah.kena keluar..baik duk rumah je...umi boleh masak, tak perlu susah beli makanan kt luar"
"ain okey je asal abah sponser tiket ngehngehh"
"olohlaa...duit tu abah bg la, hok penting ain balik dulu"

nak tergelak je aku dengar jawapan abah tu hahahaa tau la abah rindu ain kankann.. bagaikan ngantuk disorong bantal, dah org sponsor tiket suh balik, so takkan nk biar gitu je kann hik3 tp sebelum aku balik tu, aku sempat singgah kt key ell tu haa.. tak lama pun, satu malam je stay sana. kang lama2 takut abah rinduu.... dek kerana sepupu aku yg sorang tu teramat rindu kt aku kot + jeles tgok aku keluar ngn kak tini, pami haritu tanpa dia hahha so dia aku ajak hangout kt kl. utk kali ni, aku turutkan jgk la keinginan dia tu nk jumpe sbb lama dh request suh p sna (dgn syarat sat WAJIB mai kedah noh). maka terpaksa la aku pusing kl jp dari jitra sebelum ke besut. fuhh takpe2, doa org bermusafir ni senang Allah makbul aminnn...

sesampai je kt kl, sepupu aku sanggup pick up aku p rumah dia kt subang jaya. subang? kenapa dgn subang? hohoho abaikan. pastu malam tu singgah la rumah ayh joe kejap (de most sporting uncle in da worldd). saje lepak, makan2, layan runningman ofkoss ahaha...

keesokan harinya, sepupu aku ajak p ioi mall. katanye nk sangat skating. dia ckp tak pernah skate sebelum ni. kawan dia yg lain pun tak berani nak main hahaa macam la aku ni pandai sangat main. jatuh tu perkara biasela. nak berjaya pun mesti jatuh dulu kan?? macam tu la jugak skating. nampak senang tapi susah. one thing aku belajar bila main benda ni adalah bukan senang kita nak capai apa yang kita nak. dan tak semua apa yg kita nak kita akan capai. tp, semua tu tak mustahil kalau kita usaha. it's gonna get harder before it gets easier. but i'll get better, you just gotta make it through the hard stuff first, aite? dan small matter la kalau at the first try tu kita jatuh gedebukk macam nangka busuk pun. janji pandai main lepastu hoho

okey back to story.. bila dah siap buat payment semua tu, it's the time yeahh haha aku ngn sepupu, (just call her wani) punyela excited nak main.al maklum laa, dia first time nk main, aku pulak lama dh tak main. bakat tu pun dah hilang lol. tp tak semena mena lg dua sepupu aku yg kecik ni (aiman ngn amani) mengamuk nk join sekali. papa dia pulak xleh join sekali sebab kena jga barang2 kami. masa tu mama dia plok lesap entah kt mana. so, dgn berat hatilah terpaksa aku ngn wani bawak dorang sekali main. masuk je tmpt ais tu, aku yg pegang aiman ni memang takboleh tahan gelak. sumpah lucu tengok dia terkial kial atas ais tu. apa dia skating ni sama ngn jalan kaa hahah (jahat jp). aku yg pimpin tangan dia ni pn rasa nk jatuh sama. kalau lepas tangan dia tu memang sah sahlaa gedebukk la jawabnye kehkeh. si adik, amani tu ok skit dari si abang haha pegang tangan dia, ajak skate slow slow. mujur dapat follow step tu. untung tak lama lepas tu, papa dia join sekali, mama dia pn dah datang haha maka settle tugas aku. lepastu memang aku skate ngn wani jela. dia pulak cepat belajar.. jatuh skli sekala kena langgar tu biasela. 




tadaaa! dari kiri wani (queen of selpi muahaha), 
then aku, si abang tu aiman dan yg kecik tu amani ;)




muka excited nk skatingg!

punyela tengah syok main, tetibe terpandang floor atas, tempat viewrs org skating. zapppp! aku terpandang dia tu. muka yg agak lama tak kupandang hahah *drama jap*. last jumpe hmm masa 2012 kot. muka tu memang cam sgtlah. takde beza cuma nampak maced skit xD tak tau nk bg riaksi macamna. my heart beat unpredictable hahaha last2 aku pandang bawah je. tak sanggup nak tenung lama lama. takut timbul zina mata ceewahhh.. act dah lama aku tunggu wajah tu, akhirnya muncul jgk. taknak tunjuk muka excited, begitu jgk sebaliknya. aku harap dia paham, yg aku dah lama tunggu dia. tp aku takut sekiranya aku bertepuk sebelah tangan. lagipun sekarang ni aku malas lg nak fikir bende ni. komitmen aku masih byk. tamatkan study, tanggungjawab utk mak ayah aku. aku jgk taknak perasaan ni membuatkan aku lalai, lupa Tuhan. aku taknak rosakkan hati aku. at last, aku serahkan semuanya pd kuasa Allah. perancangan Dia Maha Hebat. kita merancang, Dia pun merancang. tapi jangan kita lupa, Dialah sebaik baik perancang. :D

okey habis bab yg agak hmmm haha lepas je skating tu, wani ajak aku tengok movie cite 'spectre'. aku ni dahla jenis tak suka cite aksi ni. tp dia suh temankan sebab keseorangan. terpaksala join sekali... agak mengantuk jgkla tengok tp takleh nk lelap sebab sound effect dia tu over sangat huh! nak tak nak tunggu jgkla cite tu habis. 2jam setengah kot huhuhu lepas je tgok movie, kitorang rushing nak balik sbb malam tu aku dah nak balik besut. taknak balik lagiii sebab tak puas lg spend time ngn wani :'( tp apakan daya ermm... sebelum balik tu ade jgk toleh kanan kiri takut terserempak dgn dia tapi hampa hahah dia takde. maka entah berapa tahun lagi Allah akn pertemukan aku dgn dia. tak mengharap cuma mampu doa.. 

then, malam tu tepat kul10.30 mlm aku gerak balik besut. dan alhamdulillah selamat sampai rumah. dengan perasaan yg...? hanya Allah yg tahu. tp perjuangan mesti diteruskan. one paper to go yeahh! insya Allah dipermudahkan. mohon doa kalian ;)

wakhulassah alqoul, banyakkanlah muhasabah diri. sekali sekala, merantaulah dalam diri. perbaiki mana yang kurang, ubatkan mana yang sakit. ambil peluang, setiap kali diuji oleh Allah, tak kiralah ujian perasaan, musibah, kesedihan etc, doa dan dekat dengan Dia sehabis baik. Allah suka hamba yang meminta pada Dia :) 

sekian sahaja utk kali ini. maaf atas segala kekurangan sama ada terzahir atau tidak. moga kita semua mendapat redha drpd Allah swt insya Allah...

Assalamualaikum :D