Sunday, 8 November 2015

Saranghaee

sahabat
aku mahu persahabatan ini
kekal selama lamanya
bukan hanya takat setahun dua
aku mahu hingga  syurga
kita menetap disana bersama

aku tak mahu persahabatan kita ini
bergantung pada tali dunia dan sia sia
kerana kita akan bermusuhan bila tiba hari pembalasan

aku juga tak mahu
kita bersahabat kelmarin
akhirnya tak bertegur sapa
bagai tak kenal antara satu sama lainnya

jadi --
aku mahu minta
andai aku jatuh ke lautan lagha
sudikah kau mencapai tangan aku kembali
menuju jalan ilahi?

aku tak minta kau sempurna agama
aku tak minta kau bertudung labuh semua
aku tak minta kau berniqab sepanjang masa
kerana aku mahu kita berubah bersama
walau latar belakang berbeza

boleh ya?

moga persahabatan kita bukan tercipta
atas dasar popular mahupun rupa, harta atau sia-sia
kerana persahabatan yang tercipta
atas tali dunia takkan pernah lama

Moga Allah redha atas persahabatan kita
dan moga hingga syurga..



     haa....ni classmate aku untuk 5 tahun kt ipda. moga ukhwah kita tetap ohsem sampai bila2 ^__^

No comments:

Post a Comment