Monday, 21 September 2015

Fitrah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

"Fitrah Manusia" .

Datang, kemudian dia pergi. Semua orang pernah alami situasi ni kan?

Ada orang yang datang dalam hidup kita sebagai rahmat dan lain-lain datang ke dalam hidup kita sebagai pengajaran.

Sesiapa pun berhak untuk datang dan pergi dalam hidup ini. Ketika mereka datang dan kemudian pergi jangan merungut jangan kecewa jangan menyalahkan sebaliknya nilailah diri sendiri yang terlalu mudah membuka hati untuk mempercayai. Huh!

Ada yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang dahulunya hanya insan biasa tapi kini menjadi istimewa di hati sekelip mata. Namun yang indah tak selamanya sentiasa bersama kita. Siapa pun mereka di hati kita dahulu atau kini, moga-moga aliran doa itu sentiasa ada.

Well said... adat perhubunganlah kan, di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan. Yang istimewa di hati kita akan tetap selamanya menjadi istimewa walaupun tak lagi berhubung dan membawa haluan masing-masing. Dan diri kita juga punya banyak kelemahan dan kekurangan. Kan?

Hati kita ni, walau sekeras kerikil sekalipun, akan ada seseorang yang terpahat kukuh di suatu sudut. Dan di setiap sudut punyai tempat bagi mereka yang mampu membuatkan kita tersenyum dalam kesedihan dan mampu membuatkan kita menangis dalam senyuman. Eheh.

Zaman dahulu kan... setiap kali seorang pencinta Rasulullah datang dan pergi, air mata menitis rindu, menyoal bila dapat bertemu Baginda lagi. Lantas aku terfikir, "Jika begini perasaan bertemu dan berpisah dengan pencintanya, bagaimana agaknya perasaan bertemu dan berpisah dengan kekasihNya?" .

No wonderlah Sayyidatina Fatimah bercucuran air mata, tak hairanlah sekiranya Sayyidina Bilal hilang suaranya. Hanya kerana rindu, hanya kerana cinta, pada kekasih Allah, Rasulullah SAW.


Kita? Rindu kasih sayang cinta kita terhadap Baginda, bagaimana?
Wallahu'alam. sekadar refleksi untuk diri yang serba kekurangan.

Tulusly ❤️
Dua puluh satu haribulan sembilan

No comments:

Post a Comment